Pages

Wednesday 28 September 2016

Tepung dan Gluten dan Kesannya - Part 1

Assalamualaikum and hai semua,

MasyaAllah, laquwwata illa billah. Ramai betul yang menziarahi blog saya ni semalam hingga ke hari ini. Terima kasih. Sungguh saya tak sangka impak posting semalam. Nanti kita akan sambung cerita tentang IBS ya. Cukup dulu cerita usus ya.

===================================================================



Hari ni saya nak berkongsi sebahagian kecil tentang tepung, gluten dan kesannya pada sistem penghadaman.

Kenapa penting kita nak tahu tentang tepung ni? Kan kita ni pemakan nasi, bukannya guna tepung sangat. Betul ke? Tak betul. Kita makan produk berasaskan tepung sama banyak dengan kita makan nasi.

Tak percaya? Apa produk berasaskan tepung?

Kuih muih, roti canai, murtabak, roti komersial, roti sandwich, roti burger, daging burger, pizza, lempeng, cekodok, biskut, cereal, minuman berasaskan malt, dan banyak lah lagi.

Tak banyak, sikit, mesti ada kita makan produk berasaskan tepung setiap hari. Jadi penting untuk kita tahu apa yang terkandung dalam tepung yang kita dok makan tu.

Kat atas tu saya ambik photo beberapa jenis tepung yang ada dalam simpanan kami. Saya ceritakan sikit2 ya.

1. Local bread flour - ini tepung high protein yang biasa digunakan dalam pembuatan roti. Tepung roti ada yang berpeluntur dan yang tidak berpeluntur. Kami gunakan tepung tanpa bahan peluntur untuk tujuan kesihatan. Biasanya tepung berpeluntur ni warnanya agak putih compare to tepung tanpa bahan peluntur yang agak kekuningan.

Ada 5 syarikat yang memproses tepung dinegara kita, dan hanya syarikat Interflour Miller yang memproses Unbleached High Protein flour, Brand Golden Horses.

Kalau Tuan Puan pembuat roti, silalah gunakan tepung jenis ini untuk produk roti tuan puan. Harganya dalam RM66-69/25kg, mengikut tempat dan masa.

Kesian kalau pelanggan kita yang biasanya anak2 kecil tu kena makan tepung dengan bahan peluntur hari2, tak baik untuk perut dan buahpinggang mereka.

Tepung ini dihasilkan menggunakan mesin milling moden pada kadar yang laju.

2. Tepung T65 - Ini adalah tepung high protein juga tapi diimport dari Perancis. Warnanya sangat kekuningan dan tekstur kasar sedikit dari tepung kita. Baunya juga lebih harum dan nutty dari tepung kita kerana ianya diproses menggunakan stone mill, iaitu proses milling yang perlahan yang mengekalkan zat2 dan vitamin yang ada pada biji gandum.

Tepung ini sedap dibuat roti2 artisan.

Kalau ada yang nak beli boleh dapatkan dari kami ya. Kami jual sekilo RM8.00.

3. Tepung Malt - terhasil dari biji barli yang diproses menjadi tepung. Ianya banyak digunakan dalam pembuatan roti artisan. Untuk menghasilkan air berasaskan malt seperti Milo dan Horlicks, barli direndam dahulu untuk menjadikan ianya sesuai untuk buat minuman. Ianya agak masam bila dibuat roti sourdough.

Barley juga digunakan untuk menghasilkan beer.

Ok nanti kita sambung ya, insyaallah.

Till then, jom kita masak wholesome food untuk keluarga kita. Singgang pun jadi la..

Love,

Farida

Saya banyak membincangkan tentang tepung dalam kelas saya. Untuk mengetahui jadual kelas, boleh klik sini ==> OUR CLASSES.


4 comments:

  1. Thank for sharing. Can start follow your blog,kind of ineresting much.

    ReplyDelete
  2. Thanks for reading our postings. We're happy to have you as our follower :)

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu part 2. Terima kasih puan

    ReplyDelete
  4. Untuk buat roti cinnamon boleh tukar tepung guna tepung almond or gluten free tak? Saya ada alahan gluten.

    ReplyDelete