Friday 30 September 2016

Berubah bukan mudah

Hari ni hari ke-4 usia blog saya ni.

Lepas baca kesan viral posting saya tentang Kesan Pemakanan Processed food ke atas usus anak saya, saya dah tak tau apa nak tulis dah..hahaha..blur kejap.

Apa yang dah jadi? Kenapa viral? Hanya tuan puan yang boleh beri saya jawapannya.

Niat saya menulis pada hari Rabu kelmarin, 1/2 jam sebelum saya ambil anak di sekolah, adalah untuk memotivasikan diri sendiri untuk terus menerus meneroka healthy and nutritious food. Jadi janganlah ada yang kecam mengecam saya. We mothers, always want the best for our family.

Bukan mudah menongkah arus.


Dulu
====

Saya seorang Baker dan Cake decorator yang pernah bergelumang dengan gula, siang malam.

Apa yang menyebabkan saya question balik apa yang saya buat masa tu? Padahal masa tu saya tengah benar2 happy dengan kerjaya saya.

Mengajar lecturer Uitm Fakulti Kulinari
bagaimana nak buat sugar flowers
Dr Muhaya. 2 kali saya dengar dia cakap tentang kerja sebagai pembuat cake ni. Sekali di TV hari Jumaat tengahari, sekali lagi dalam Radio Ikim. Beliau menjawab panggilan seorang Baker yang bertanya tentang keberkatan.

Sentap betul saya masa tu!


Antara wedding cake yang saya ajarkan dalam kelas saya.
Bunga tu dari gula yang dibancuh sendiri dan dibuat sekeping sekeping.
Beliau kata kerja tu bagus tapi anda memberi orang makan racun. Sebab gula adalah racun. Pelbagai penyakit datang dari gula yang berlebihan. Dan sebagainya lah.. dan beliau beri saranan agar cuba ikhtiarkan kek yang sihat.

Erkk! Kek mana yang sihat? Kek buah? Carrot Cake? Cake sayur?

Dah la saya masa tu bergelumang sakan dengan gula. Ye la..cikgu royal ising and sugar flowers kot. Ajar buat wedding cake guna fondant. Isyyyy..sentap betul dengan Dr ni tau!

Tapi..... tu lah dia nya...bila Allah nak kita berubah, dia akan bagi sebab. Lama saya juga saya merungut mulanya..Tapi hati saya macam direntap2 sebab apa yang beliau kata tu makin lama makin tampak kebenarannya. Gula memang racun. Tepung berpeluntur itu racun. Bahan2 kimia dalam baking proses, racun. Icing yang manis racun. Pewarna racun. Semuanya mempunyai potensi sebagai karsinogen iaitu penyumbang kepada kanser dan diabetes dan sakit macam2 lagi.

Adeh! Stress jugak sebab saya ada kedai.

Macamana saya cuba nafikan pun, ianya tetap bermain dalam fikiran saya.

Akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti sedikit demi sedikit bermain gula. Lillahi taa'la. Saya tak mahu menjadi penyumbang kepada penyakit orang lain, walaupun kek itu adalah untuk majlis keriangan, dan saya mungkin boleh beri alasan saya menyumbang untuk happiness orang, no. My conscience still say, change!

Bakers lain jangan marah saya. Ini adalah mengikut ilmu dan kadar pengetahuan saya. Saya tak judge orang lain tau. Ini untuk diri saya sendiri.

Selama hari ni bila saya bake, saya hanya gunakan bahan2 yang berkualiti tinggi. Tepung saya guna tepung Faiza, sebab dia unbleached. Chocolate biasanya saya gunakan Callebaut, paling koman pun Lebourne. Gula biasanya campur dengan brown sugar. Butter saya biasa gunakan Anchor atau Tatura. Pewarna pun dari Wilton. Vanilla saya gunakan real vanilla, bukan esen yang cair mair tu.

Tu pun rasa bersalah. Lorat betulkan?


Sekarang
=======

Walnut Brownies using Real Chocolate
Start dari 2 tahun lepas saya mula hadkan jenis2 kek yang saya buat kepada Brownies, Dark Chocolate Cakes dan Cookies. Saya jarang ambil tempahan yang banyak guna fondant. Slowly saya berubah arah.

Bermula tahun lepas saya serious dengan roti, tapi lebih kepada Artisan Breads kerana pada saya ia lebih menyihatkan.

Artisan Bread : Lebih berkhasiat dan mengenyangkan





    Artisan breads melalui proses penapaian atau fermentation yang lama, yang memberi peluang kepada yis dan mikroorganisma yang ada dalam levain untuk menghadamkan gluten yang ada dalam tepung.

Misi saya sekarang dalam kelas adalah menerangkan secara saintifik bagaimana setiap ingredients bertindak balas, apa jenis mikroorganisma yang ada dalam levain, bagaimana kanji diuraikan kepada simple sugars semasa proses fermentations dan sebagainya.

Saya memang macam tu. Dalam kelas kek saya dulu pun saya sentiasa menerangkan fungsi bahan secara saintifik supaya students saya faham bagaimana nak manipulate ingredients untuk jadi lebih baik. Saya bukan Chef, tapi saya suka baca fakta. Sebab Chef saya dulu ajar saya berfikiran begitu.


Jom kita berubah nak?

Saya nak ajak lebih ramai bakers berubah arah kepada menyediakan produk2 yang menyihatkan. Bukan laa semua orang kena buat roti pulak..Ye la takkan nak pacak lilin atas roti artisan kan? Apa pulak kata jiran tetangga..ko dah kenapa Milah?

Kita, pelanggan dan pembuat, kena ubah mentaliti asal murah cukup. Banyak barang2 murah yang sangat rendah kualitinya, yang kalau you all tau apa isinya pasti tak makan.

Contohnya baking 'chocolate' yang harga RM5-6 sekilo dua tu, itu bukan coklat. Itu adalah lemak sawit atau sayuran yang paling rendah grednya yang diberi pewarna coklat, vanilin, perasa coklat, serbuk koko low grade dan gula yang banyak untuk menjadikannya nampak macam coklat. Benda ni letak kat room temperature tetap keras bedengkang.

Kalau coklat betul, dia akan cair pada tahap suhu badan iaitu dalam 37C so letak kat lidah dia akan cair perlahan2, tapi coklat dari lemak sawit ni kita kena kunyah dan meninggalkan rasa berminyak dalam mulut.

Bayangkan u ols buat brownies atau ganache guna coklat ni, atau utuk hias cookies tu...lemak ni lemak tepu yang tak boleh hadam. Melekat dalam usus sampai tah bila2...

Banyak la lagi contoh lain. Nanti kita sambung insyallah..

Pokoknya, jom kita muhasabah diri. Kalau anak kita kita nak bagi yang lebih baik, anak orang pun kita kena jugak berikan yang terbaik.

Sementara tu....

Sementara tu share dengan saya pendapat u ols..tapi jangan lah kecam kecam..kita share pendapat secara matang dan agree to disagree..orait?

BTW : dah 2 hari Zaim makan benda pedas sebab dia dah kemaruk, so malam tadi 4 kali pi toilet..Dilarang takmo dengar budak bertuah ni.

Love,

Farida

P/s : Untuk yang nak berjinak masuk ke dapur dan buat roti sendiri boleh rujuk page Kelas saya di SINI










Wednesday 28 September 2016

Tepung dan Gluten dan Kesannya - Part 1

Assalamualaikum and hai semua,

MasyaAllah, laquwwata illa billah. Ramai betul yang menziarahi blog saya ni semalam hingga ke hari ini. Terima kasih. Sungguh saya tak sangka impak posting semalam. Nanti kita akan sambung cerita tentang IBS ya. Cukup dulu cerita usus ya.

===================================================================



Hari ni saya nak berkongsi sebahagian kecil tentang tepung, gluten dan kesannya pada sistem penghadaman.

Kenapa penting kita nak tahu tentang tepung ni? Kan kita ni pemakan nasi, bukannya guna tepung sangat. Betul ke? Tak betul. Kita makan produk berasaskan tepung sama banyak dengan kita makan nasi.

Tak percaya? Apa produk berasaskan tepung?

Kuih muih, roti canai, murtabak, roti komersial, roti sandwich, roti burger, daging burger, pizza, lempeng, cekodok, biskut, cereal, minuman berasaskan malt, dan banyak lah lagi.

Tak banyak, sikit, mesti ada kita makan produk berasaskan tepung setiap hari. Jadi penting untuk kita tahu apa yang terkandung dalam tepung yang kita dok makan tu.

Kat atas tu saya ambik photo beberapa jenis tepung yang ada dalam simpanan kami. Saya ceritakan sikit2 ya.

1. Local bread flour - ini tepung high protein yang biasa digunakan dalam pembuatan roti. Tepung roti ada yang berpeluntur dan yang tidak berpeluntur. Kami gunakan tepung tanpa bahan peluntur untuk tujuan kesihatan. Biasanya tepung berpeluntur ni warnanya agak putih compare to tepung tanpa bahan peluntur yang agak kekuningan.

Ada 5 syarikat yang memproses tepung dinegara kita, dan hanya syarikat Interflour Miller yang memproses Unbleached High Protein flour, Brand Golden Horses.

Kalau Tuan Puan pembuat roti, silalah gunakan tepung jenis ini untuk produk roti tuan puan. Harganya dalam RM66-69/25kg, mengikut tempat dan masa.

Kesian kalau pelanggan kita yang biasanya anak2 kecil tu kena makan tepung dengan bahan peluntur hari2, tak baik untuk perut dan buahpinggang mereka.

Tepung ini dihasilkan menggunakan mesin milling moden pada kadar yang laju.

2. Tepung T65 - Ini adalah tepung high protein juga tapi diimport dari Perancis. Warnanya sangat kekuningan dan tekstur kasar sedikit dari tepung kita. Baunya juga lebih harum dan nutty dari tepung kita kerana ianya diproses menggunakan stone mill, iaitu proses milling yang perlahan yang mengekalkan zat2 dan vitamin yang ada pada biji gandum.

Tepung ini sedap dibuat roti2 artisan.

Kalau ada yang nak beli boleh dapatkan dari kami ya. Kami jual sekilo RM8.00.

3. Tepung Malt - terhasil dari biji barli yang diproses menjadi tepung. Ianya banyak digunakan dalam pembuatan roti artisan. Untuk menghasilkan air berasaskan malt seperti Milo dan Horlicks, barli direndam dahulu untuk menjadikan ianya sesuai untuk buat minuman. Ianya agak masam bila dibuat roti sourdough.

Barley juga digunakan untuk menghasilkan beer.

Ok nanti kita sambung ya, insyaallah.

Till then, jom kita masak wholesome food untuk keluarga kita. Singgang pun jadi la..

Love,

Farida

Saya banyak membincangkan tentang tepung dalam kelas saya. Untuk mengetahui jadual kelas, boleh klik sini ==> OUR CLASSES.


Kesan makan banyak processed food

Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu2 baca dan ambil tahu.

Simptom atau tanda
Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.

Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.

Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.

Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.

Baru2 ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau 45 min. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.

Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli Milo dalam kotak dan kek coklat kecil brand Gardenia. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.

Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.

Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.

Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.

Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn's Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.

Gambaran dalam usus kecil dia
Apa penyakitnya?
Semasa scope ini yang kita jumpa.

Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.

Ini hampir menyerupai Irritable Bowel Desease (IBD), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena. Aduh sakitnya.

Saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.

Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.

Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri. Tapi kalau ikutkan saya sangat strict dengan apa yang anak saya boleh makan dan tak boleh makan. Makan gerai langsung tak boleh sebab perut saya tak tahan pulak.

Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan doktor pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.

Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.


Tindakan seterusnya
Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.

Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.

So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.

Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.

Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.

Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.

Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.

3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.

Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.


Result
Minggu depannya (3rd Sept) kami dapat result blood test dan scope Zaim.

Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food, too much spicy food dan sebagainya.

Kata doktor, might be from too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti2 dan junkfood yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks. Dia ni suka sangat minum air Ice Lemon Tea dalam botol, Milo, 100 plus dan sebagainya. Walaupun begitu, minuman coke dan seangkatannya memang dilarang keras dalam family saya.

Kadang2 dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.

Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.

Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.

Conclusion nya

1. Ambil tndakan segera bila anak kita mengadu tentang sakit dia.

2. Bawa jumpa doktor setelah kita research a bit tentang sakit dia. Jangan jadi macam Zaim, sebab mak dia percaya kat doktor 100%, dia dah appendix less. Bukan takleh percaya doktor, but human sometimes makes mistakes or wrong judgement.

3. Food Elimination process

Rule out all the food yang dia tak boleh makan by stopping everything yang kita biasa bagi makan, dan reintroduce balik perlahan2 food, pendeknya kita buat elimination process.

Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.

Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.

4. Go back to food yang ada rupa pada namanya. Contohnya dada ayam rupa macam dada ayam, bukan dalam bentuk bits and pieces dalam nugget, chicken popcorn dan sebagainya.


So, I'm making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.

Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.

Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.

Love,
Farida

Nota:

Saya nak betulkan sedikit persepsi beberapa pembaca yang mengatakan saya tidak memberikan antbiotik kepada Zaim. Doctor beri 3 jenis antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 15 hari.

Bila balik rumah, malam tu cuba beri dia makan nasi lembik dengan sup supaya dia boleh makan ubat. Habis je suap nasi, dia makan ketiga2 ubat tersebut dan lari pergi toilet lagi. duduk dalam tu 1/2 jam, keluar 5 min, dan lari balik sampai tengah malam. Dia dah lembik dah masa tu. And continue macam tu sampai esok dan lusa, walaupun kekerapan kurang, tapi lama duduk dalam toilet tu.

Saya ni ibu. Bila pandang anak macam tu kita rasa apa? Saya tahu kesan antibiotik ke atas perut kosong. Pangkal perut dia ada luka juga, so perut dia akan bertambah pedih kalau saya paksa dia makan antibiotik.

Saya rujuk pada rakan saya Dr Safiza, seorang Pakar Pemakanan yang mempunyai PHD dalam bidang dia ni. Katanya saya perlu turunkan radang dahulu.

Bila saya cari, saya jumpa kunyit as anti-radang yang paling senang didapati. Kat rumah saya berlambak kunyit. And after 3 hari dia beransur pulih alhamdulillah.

P/s : sekiranya anda nak berjinak2 dengan pembuatan roti sourdough boleh klik SINI





Tuesday 27 September 2016

Flour

It's not until recently that I learnt that there are many types of flour. I mean i know that we have the low protein, medium protein and high protein, but I didn't know that there would be a variety of them in each category.

I felt so silly. I mean, I've been in the industry for almost 15 years, and I never knew. Not until I began to do some serious investigation into artisan breads and how to make it work.

Through my Chefs, I began to explore more of the variety of the high protein flour including the T65, the local unbleached high-protein flour, the T45, rye flour, wholemeal, spelt, and many more.

Today I'm going to buy a bag of T65 French Flour and a few kilos of freshly milled organic white flour, the wheat berries imported from Turkey. When I say freshly milled, it means freshly milled today. Hari ni baru dikisar menjadi tepung. I want to know the difference when bread is baked using freshly milled flour.

I have made breads using T65 before, and I love how strong the bread smells like. But the flour had long finished and new shipments just arrive.

I will share more on flours later.

You levain lovers have a wonderful day ahead..

Love,

Farida

Jatuh cinta dengan Artisan Breads

Sejak bila saya sibuk ber'artisan breads' ni?

Apa jadi dengan kelas fondant? Kelas sugar flowers? Kelas kek yang macam2 tu?

Perlahan2 saya pilih untuk tinggalkan segala kemanisan itu. Saya masih lagi bermain tepung, cuma tiada bergula sangat lagi. Maklum la, umur dah 4 series yang dah lebih setengah. Kena berjaga2 sikit agar tidak didatangi penyakit2 yang tidak diingini.

So, dari tahun lepas, saya telah mencari Chef-chef yang boleh mengajar saya tentang artisan breads ni. Saya cuma nak belajar buat je. Dalam fikiran saya tak mungkin lain sangat dengan cara pembuatan roti2 manis biasa tu.

Huh!! Memang lain! Yang ni makan sampai dalam jiwa raga.

Saya dah banyak kali hadiri kelas roti, even masa saya baru start belajar baking 15 tahun dulu, kelas pertama saya adalah kelas buat roti, di belakang Surau Rasah Kemayan, Seremban. Yuran cuma RM30 dan kita buat dalam 5 variasi roti dari doh yang sama. Hapah pun tak paham.

Pergi lagi kelas kat Seremban 2, pun tak paham2. Last2 saya yakinkan diri saya yang saya memang takda talent langsung buat roti.

Sejak tu saya mendalami bidang cake decorating, sampai ke London sana saya pergi nak belajar tentang sugar flowers, cake baking dan ambik sekali cert untuk jadi certified PME Trainer kat sana.

Sampai ke tahun 2012, bila saya mula buka kedai, saya ajak juga cikgu2 roti yang hebat untuk buat kelas kat tempat TDT, entah berapa kali tah. Tetap juga saya fail. Nak menguli pun tak lepas, apalagi nak faham sains behind bread making. Last sekali kelas PAk Agus pada hujung 2013.

Saya gave up. Mungkin kerana roti2 manis tidak menangkap jiwa saya, soul saya.

Last year, saya pergi makan kat Ben's Independent Grocer punya cafe dan terpandang roti2 artisan yang cantik dan rustic. Bukan tak pernah tengok, tapi yang ni nampak real.

Lepas tu, memang tak pandang belakang dah. Saya jatuh cinta.

Saya cari chef2 betul2 boleh bagi saya faham tentang roti ni. Kebanyakannya chef mat saleh la dan chef yang berguru dengan mat saleh. Dah itu makanan diorang, so diorang lebih tau apa tekstur yang betul dan rasa yang sebenar.

Nov 2015 - first time bake roti yang nampak macam roti artisan. Lepas kelas terus buat, ni le jadinya.
Sept 2016 - Dah pandai sikit. Nampak tak perbezaannya dengan tahun lepas? tengok taburan tepung pun tahu beginner ke tak.
Saya ada approach 2 orang chef Melayu yang memang pakar buat roti2 ni, tapi kena reject mentah2...saya tak nak speculate la reasons mereka. Mungkin sibuk sangat.

Anyhow, sekarang hampir setahun saya belajar betul2 buat roti serta mempraktikkannya di kedai saya. Alhamdulillah, sekarang saya faham the science behind baking a good artisan bread.

But of course, my journey is still a long way to go. I have a lot more to learn, many more breads to bake, more varities of flours to be explored, temperature to play with, preferments method dan sebagainya.

Saya look forward to many more great experiences making Breads with a Soul.

Saya memang happy kalau ada yang nak join saya dalam journey towards making and eating healthier baked goods.

Till next post, insyaallah, let's put some soul back into baking!

Love,

Farida