Wednesday, 28 September 2016

Kesan makan banyak processed food

Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu2 baca dan ambil tahu.

Simptom atau tanda
Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.

Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.

Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.

Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.

Baru2 ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau 45 min. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.

Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli Milo dalam kotak dan kek coklat kecil brand Gardenia. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.

Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.

Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.

Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.

Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn's Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.

Gambaran dalam usus kecil dia
Apa penyakitnya?
Semasa scope ini yang kita jumpa.

Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.

Ini hampir menyerupai Irritable Bowel Desease (IBD), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena. Aduh sakitnya.

Saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.

Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.

Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri. Tapi kalau ikutkan saya sangat strict dengan apa yang anak saya boleh makan dan tak boleh makan. Makan gerai langsung tak boleh sebab perut saya tak tahan pulak.

Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan doktor pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.

Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.


Tindakan seterusnya
Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.

Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.

So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.

Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.

Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.

Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.

Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.

3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.

Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.


Result
Minggu depannya (3rd Sept) kami dapat result blood test dan scope Zaim.

Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food, too much spicy food dan sebagainya.

Kata doktor, might be from too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti2 dan junkfood yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks. Dia ni suka sangat minum air Ice Lemon Tea dalam botol, Milo, 100 plus dan sebagainya. Walaupun begitu, minuman coke dan seangkatannya memang dilarang keras dalam family saya.

Kadang2 dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.

Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.

Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.

Conclusion nya

1. Ambil tndakan segera bila anak kita mengadu tentang sakit dia.

2. Bawa jumpa doktor setelah kita research a bit tentang sakit dia. Jangan jadi macam Zaim, sebab mak dia percaya kat doktor 100%, dia dah appendix less. Bukan takleh percaya doktor, but human sometimes makes mistakes or wrong judgement.

3. Food Elimination process

Rule out all the food yang dia tak boleh makan by stopping everything yang kita biasa bagi makan, dan reintroduce balik perlahan2 food, pendeknya kita buat elimination process.

Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.

Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.

4. Go back to food yang ada rupa pada namanya. Contohnya dada ayam rupa macam dada ayam, bukan dalam bentuk bits and pieces dalam nugget, chicken popcorn dan sebagainya.


So, I'm making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.

Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.

Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.

Love,
Farida

Nota:

Saya nak betulkan sedikit persepsi beberapa pembaca yang mengatakan saya tidak memberikan antbiotik kepada Zaim. Doctor beri 3 jenis antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 15 hari.

Bila balik rumah, malam tu cuba beri dia makan nasi lembik dengan sup supaya dia boleh makan ubat. Habis je suap nasi, dia makan ketiga2 ubat tersebut dan lari pergi toilet lagi. duduk dalam tu 1/2 jam, keluar 5 min, dan lari balik sampai tengah malam. Dia dah lembik dah masa tu. And continue macam tu sampai esok dan lusa, walaupun kekerapan kurang, tapi lama duduk dalam toilet tu.

Saya ni ibu. Bila pandang anak macam tu kita rasa apa? Saya tahu kesan antibiotik ke atas perut kosong. Pangkal perut dia ada luka juga, so perut dia akan bertambah pedih kalau saya paksa dia makan antibiotik.

Saya rujuk pada rakan saya Dr Safiza, seorang Pakar Pemakanan yang mempunyai PHD dalam bidang dia ni. Katanya saya perlu turunkan radang dahulu.

Bila saya cari, saya jumpa kunyit as anti-radang yang paling senang didapati. Kat rumah saya berlambak kunyit. And after 3 hari dia beransur pulih alhamdulillah.

P/s : sekiranya anda nak berjinak2 dengan pembuatan roti sourdough boleh klik SINI





124 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Semoga anak sis terus sihat.

    ReplyDelete
  2. Semoga anak puan cepat2 sembuh... amin

    Tq for sharing..

    ReplyDelete
  3. Semoga anak puan cepat2 sembuh... amin

    Tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah telah sembuh insyaallah..ameen. Tq.

      Delete
  4. orang yg obes cenderung x nk dpat pnyakit ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti Tuan, penyakit ni biasanya lebih kepada fungsi sistem penghadaman yang mengalami irritasi terhadap makanan.

      Delete
  5. thanks for sharing..ank puan hampir sma sakit mcm sy..dia kecil lgi..kita yg dewasa nie pun x tahan sakit bla dtg..smpai kna ambik i jection tue pun kdg 2-3 hri bru lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Puan, jaga anak baik2 ya..

      Delete
    2. Saya akui tidak mudak untuk menyediakan pemakanan yg betul2 sehat lagi2 untuk s'kecil yg dh trbiasa banyak mkn kt luar,kadang mknan yg kita msak diaorg xnak mkn,yg dia nak mknan yg segera tu lh yg mnjdi kesuka'an,kdg2 buntu xde idea nk masak ape dh untuk anak2 ni.
      Ape pn trmksih banyak untuk perkongsian sis faridatul ismail saya akan usahakan untuk mmbri yg trbaik untuk anak2@ kluarga saya,tqsm...

      Delete
    3. Saya akui tidak mudak untuk menyediakan pemakanan yg betul2 sehat lagi2 untuk s'kecil yg dh trbiasa banyak mkn kt luar,kadang mknan yg kita msak diaorg xnak mkn,yg dia nak mknan yg segera tu lh yg mnjdi kesuka'an,kdg2 buntu xde idea nk masak ape dh untuk anak2 ni.
      Ape pn trmksih banyak untuk perkongsian sis faridatul ismail saya akan usahakan untuk mmbri yg trbaik untuk anak2@ kluarga saya,tqsm...

      Delete
  6. thanks for sharing..ank puan hampir sma sakit mcm sy..dia kecil lgi..kita yg dewasa nie pun x tahan sakit bla dtg..smpai kna ambik i jection tue pun kdg 2-3 hri bru lega..

    ReplyDelete
  7. Saya pon kerap sakit perut..kalo makan yong tau foo.makan kopi dalam botol terus je sakit..kalau banyak sampai cirit birit..sedih btol.tgk org lain rileks je..perut saya dah tak boleh terima process food lagi..blog puan ni mmg peringatan bagi saya..saya igt saya sakit perut sbb angin. Tapi sebab lain..��������

    ReplyDelete
  8. Mcm mana sy blh contact puan.. Sy ada msalah usus yg seakan sama

    ReplyDelete
  9. Mcm mana sy blh contact puan.. Sy ada msalah usus yg seakan sama

    ReplyDelete
  10. Mcm mana sy blh contact puan.. Sy ada msalah usus yg seakan sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul jaga pemakanan dan jaga lah usus kita jadi saya syorkan minumlah kangen water utk penjagaan usus yang sgt efektif dan dpt elakan dr berlakunya keadaan usus yg teruk.. blh pm saya lnjut tentang details of kangen water #changeurwaterchangeurlife #pmme #01131777686 kangen water air yang mengandungi high anti oksida bersifat alkali yang boleh menutralkan asid dalam badan n usus kita dan molekul cluster yg sgt2 halus byk masalah berkaitan usus dpt diselesaikan innsyAllah we do t best Allah do t rest

      Delete
  11. MasyaAllah, thank you for sharing. Terasa agak bersalah.... huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Moga terus mengekalkan pemakanan yang sihat.. Segala yang berlaku ada hikmahnya bukan...moga kisah ini menjadi titik tolak ibu bapa diluar sana... Tahniah 👍🏻

    ReplyDelete
  13. saya penghidap crohns desease (IBD) sesiapa yg ingn berkongsi cerita blh emel ke leeya3284@yahoo.com. moga Allah bersama2 kita utk trus ada kekuatan dgn ujian drNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul jaga pemakanan dan jaga lah usus kita jadi saya syorkan minumlah kangen water utk penjagaan usus yang sgt efektif dan dpt elakan dr berlakunya keadaan usus yg teruk.. blh pm saya lnjut tentang details of kangen water #changeurwaterchangeurlife #pmme #01131777686 kangen water air yang mengandungi high anti oksida bersifat alkali yang boleh menutralkan asid dalam badan n usus kita dan molekul cluster yg sgt2 halus byk masalah berkaitan usus dpt diselesaikan innsyAllah we do t best Allah do t rest semoga Cik Norliani sihat selalu

      Delete
  14. saya penghidap crohns desease (IBD) sesiapa yg ingn berkongsi cerita blh emel ke leeya3284@yahoo.com. moga Allah bersama2 kita utk trus ada kekuatan dgn ujian drNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah Puan Norliani, saya dah baca banyak kes Crohn's Disease ni, di Asia hanya 9 out of 100,000 people yang mengidapnya. Penyakit ni sangat rare do Asia, hanya genetic belah2 Amerika, Europe, Australian dan India yang banyak menghidapnya. Apa pun puan take care ya..Insyaallah kita bantu to educate the public supaya boleh memudahkan patients, especially toilet usage.

      Delete
    2. saya penghidap crohns desease (IBD) berat badan susut..tak pernah cecah 40 keatas..umur dah 45th..

      Delete
  15. saya penghidap crohns desease (IBD) sesiapa yg ingn berkongsi cerita blh emel ke leeya3284@yahoo.com. moga Allah bersama2 kita utk trus ada kekuatan dgn ujian drNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berkongsi Puan. Semoga Allah swt permudahkan urusan Puan

      Delete
  16. antara punca masalah usus ialah bagi budak & dewasa ialah...banyak makan jajan, kurang makan buah, suka makan pedas, jangkitan bakteria, selalu tahan lapar, suka gigit something, dsb

    ReplyDelete
  17. sy rasa sy ade masalah sebegini. tq ek pasal info ni.

    ReplyDelete
  18. Tq for sharing. Utk yg ada masalah auto immune ni bagus makan suppliment transfer factor. Bgs sgt utk mslh auto immune. Sy dgn anak mmg mkn. Lgpon perut sy mmg kalah sikit kalau mkn tak kena mudah sakit perut. Kalau minum air kotak ke memulas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum puan,nak tanya sikit suppliment transfer factor ni apa ye?..sbb saya pon kena autoimun ni

      Delete
    2. Salam en. Mohd Effendi..boleh contact 0132038444 eina utk more info bout transfer factor. InsyaAllah sedia mmbantu

      Delete
  19. gluten kan natural, sebeb process food kerana chemical?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kalangan kita yang sistem penghadamannya tidak boleh mengeluarkan acid yang perlu untuk menghadamkan gluten. sebab itu roti sourdough, yang menggunakan teknik long fermentation yang memberi peluang kepada yis untuk menghadamkan gluten dan kanji dalam tepung itu, baik untuk perut, insyallah.

      Delete
  20. Allah. Peringatan untuk semua ibu bapa supaya mengurangkan process food

    ReplyDelete
  21. Ya Allah berguna sgt post ni...tq sharing...☺

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah harap anak puan semakin sembuh dan penyakit radang Crohn's disease terkawal. Pastikan buat follow up dengan pakar perubatan untuk elakkan relapse radang atau komplikasi IBD (Inflammatory Bowel Disease) ni. Cuma nak betulkan sedikit IBD (Inflammatory Bowel Disease) tak sama dengan Irritable Bowel Syndrome (IBS). Diagnosis IBS selalunya dibuat selepas exclude penyakit lain seperti IBD etc. Pemakanan juga penting untuk kedua2 penyakit tapi secara scientific, diet untuk IBD check "Specific Carbohydrate Diet (SCD)" eg. http://www.breakingtheviciouscycle.info/p/beginners-guide/ dan untuk IBS check "Low FODMAP diet" http://www.med.monash.edu/cecs/gastro/fodmap/ tapi saya syorkan berjumpa dietitian yg pakar dlm bidang ni khusus untuk anak puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..terima kasih atas doa dan pencerahan. Saya bukanlah pakar IBS or IBD, saya pun baru tahu kewujudan terma ini last month, thanks to the incident. Nanti saya betulkan kembali untuk elakkan kekeliruan. Thanks again.

      Delete
  23. Subhanallah, pengalaman itu ilmu, Terimakasih untuk perkongsian

    ReplyDelete
  24. Subhanallah, pengalaman itu ilmu, Terimakasih untuk perkongsian

    ReplyDelete
  25. Terima kasih krn sudi kongsi pengalaman keluarga puan. Artikel ni bagus bagi anak2 kita baca supaya mereka faham mengapa kita x suka mereka mkn fastfood/junk food.

    ReplyDelete
  26. Thanks sis for sharing. Mohon klu dpt sis tukarkan background wall ni kpd warna putih. Sbb sy rasa pembaca lain pun pening baca kat wall hitam.. Anyway thanks again for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah Tuan. semoga lebih mudah untuk membacanya.

      Delete
  27. saya juga ada masalah sama...saya amalkan minum air gam arabic (al manna). Bila rasa perut tak selesa, saya cepat2 minum bancuhan al manna...alhamdulillah berkesan pd saya. Antara fungsi al manna, mengawal keradangan pada usus. Puan boleh dapatkan di kedai arab...klu di kl boleh dapatkan di berkat madinah. Google shj, insyaAllah jumpa kedainya. Terima kasih juga pd puan atas perkongsian ilmu tentang pemakanan. Lepas ni lebih berhati2 beri makanan pd anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada gum arabic kat rumah ni, nanti saya cuba. tq.

      Delete
  28. Tq so much for sharing this.. info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  29. Tq so much for sharing this.. info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  30. thanks kak for the info.. anak2 saya pun suka makan nugget & hotdog...

    ReplyDelete
  31. Thanks for sharing... will try this on myself as I'm currently suffering from this.

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah. Anak Puan dah sihat. Berkat kesabaran mamanya jugak. Kalo anak skit, mmg kiter sebagai ibu akan rasa hopeless. Tq for sharing this brilliant info Puan. Pernah dgr ustaz ckp, segala penyakit ni byknya bermula dari perut. We are what we eat, unfortunately diseases derive frm there too. I think you are a superb mom all in all, despite the happenings. Semoga kita sebagai ibu sentiasa dikurniakan kesabaran dlm membesarkan anak2 & the intellect to decide what's best for our family...yes, that include their fathers too...:)

    ReplyDelete
  33. you are a brave mother to face mistakes and summon everyone to reflect on what we must remember to do. Thank you for this very frank sharing. No mothers is short of suddenly being laidback... nobody is perfect. But lets all support each other when someone knocks back into trying to be better.

    ReplyDelete
  34. you are a brave mother to face mistakes and summon everyone to reflect on what we must remember to do. Thank you for this very frank sharing. No mothers is short of suddenly being laidback... nobody is perfect. But lets all support each other when someone knocks back into trying to be better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the best feedback so far. tq Maine. No sane mom wants any harm for their children.

      Delete
  35. Assalamualaikum Puan thanks a lot for sharing this. It's really an eye opener.

    ReplyDelete
  36. Asslmualaikm..mntk maaf bertanya slpas dpt rawatan bagaimana keadaan anak puan? Seandainye ad jenis perubatan lain yg lebih mudah untuk merawat anak puan adakah puan akn cube untuk demi kebaikkan anak puan?

    ReplyDelete
  37. Asslmualaikm..mntk maaf bertanya slpas dpt rawatan bagaimana keadaan anak puan? Seandainye ad jenis perubatan lain yg lebih mudah untuk merawat anak puan adakah puan akn cube untuk demi kebaikkan anak puan?

    ReplyDelete
  38. Asslmualaikm..mntk maaf bertanya slpas dpt rawatan bagaimana keadaan anak puan? Seandainye ad jenis perubatan lain yg lebih mudah untuk merawat anak puan adakah puan akn cube untuk demi kebaikkan anak puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Puan Nur, so far alhamdulilah toilet routine macam biasa, sekali sehari.

      Delete
  39. Assalamualaikum Puan thanks a lot for sharing this. It's really an eye opener.

    ReplyDelete
  40. kalau "jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah..." maknanya menghala ke arah sama...;D

    ReplyDelete
  41. Minum la susu/product Farm Fresh..d purest fresh milk of all.

    Insya Allah kita sama2 education our kids d next generation to avoid as much as possible processed.
    Kadang tak dapat nak dielakkan tapi kurang2 kan..

    Tq for sharing anyway

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Puan Faridatul,

    It's great that you are sharing your experience. I am a mother too and one of my current practices at home is to eat clean and using only real whole food and raw too. Once in a while we do indulge ourselves but moderately. If you don't mind, I would like to suggest my homemade granola a try. I started a granola home business so that many Malaysians could experience the health benefits of granola without spending a bomb. Disebabkan saya buat sendiri so saya tak gunakan refined sugar. Cuma honey as a natural sweetener. If you are interested to find out more, Puan boleh ke fb page saya di https://www facebook.com/simplyhippiegranola/ atau instagram @simplyhippiegranola

    Saya tiada niat untuk spam cuma saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi sesuatu yang baik terutamanya untuk anak-anak. Plus saya buat sendiri. And I have received great feedbacks..i hope that many malaysians can start leading a healthy lifestyle

    Thanks Puan Faridah for reading this comment..anything at all do contact me at 01121195066.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Puan Sarah, tq for your suggestion. Buat masa ni doctor advise against food yang boleh jadi macam penyapu pada usus. Kena makan yang lembut2 dulu. However pasti ada orang lain yang boleh mendapat manfaat dari produk Puan ini.

      Delete
  43. Terima kasih puan faridah atas perkongsian.
    Jadi baru saya tahu kenapa dalam pantang org2 tua suruh makan kunyit. Nk cuci perut kita rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. Saya pun baru tahu. Sebenarnya ada 15 anti inflamatory food yang boleh dimakan untuk bantu keradangan usus.

      Delete
  44. Assalammualaikum Puan. Anak sy baru didiagnos dgn Inflammatory Bowel Disease dan sudah on steroids for 6 weeks. Pemakanan saya dah mula kawal. Processed food di rumah jarang dimakan. Pakar kata disease anak is cronic. Belum luka lagi. Anak br 12 tahun dan mmg berat badan hanya 27kg. Doktor kata harapan utk sembuh tiada sbb mmg takda ubatnya tp hanya prevention.Sepanjang usus besar dia mmg ada radang dan punca kami dpt tahu sbb anak cirit birit. Sy masih lg mencari apa yg boleh bantu anak.hopefully ini dpt bantu. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam puan Anura. sy juga penghidap penyakit yg sama. previously check up di Gleneagles. saya dah 3 tahun diagnosed by crohns desease dan tidak mengambil steroid walaupun doc suggest utk mulakan sejak didiagnose. saya cirit birit 20x sehari. dan skrg sy pregnant 8 bln alhamdulillah takde ape2 komplikasi.

      Delete
    2. As salam puan Anura. sy juga penghidap penyakit yg sama. previously check up di Gleneagles. saya dah 3 tahun diagnosed by crohns desease dan tidak mengambil steroid walaupun doc suggest utk mulakan sejak didiagnose. saya cirit birit 20x sehari. dan skrg sy pregnant 8 bln alhamdulillah takde ape2 komplikasi.

      Delete
    3. assalamualaikum , kes puan norliani sama dgn saya..saya menghidap crohn sejak 2004 skrg umur saya dah 45thn..penyakit ni mmg azab..cirit/birit dekat 20 kali sehari..hingga skrg saya terpaksa pakai pampers org dewasa sbb dia kalo nak tercirit mmg tak bole nak kawal.saya setakat ni bergantung dgn ubat spital walaupon sebenarnya saya malas nak pi spital.cuma beza saya dgn puan norliani(mungkin) saya ni tak berpantang makan..semua saya bedal..saya redho je dgn penyakit ni tapi tak sanggup nak tinggal nikmat makan laksa..mee kari..mee bandung..kuetiaw goreng camtu la cerita saya..(saya cuba gak alternatif lain mcm minyak habaltulsauda,air gamat,jus durian belanda sbb walaopon doc ckp penyankit ni takde ubat saya tak percaya sbb Allah ckp tiada penyakit yg tiada ubat kecuali mati dan saya masih mencari cuma masih belum berjumpa)

      Delete
    4. betul tu..sy pun percaya stp penyakit ada penawarnya. sbb tu sy xde nak ambil bulat2 cakap doc. sbb ada yg lbh Mengetahui dr dia kan..cubala blend kunyit hidup mnum airnya. sbb itula yg saya amalkan selama dua mnggu berturut2..madu dan telur ayam kampung.. kmudian air pucuk betik. fungsi kunyit sbg antibiotik. madu dan telur ayam utk rawat luka dalaman..jus pucuk betik jantan mmg pahit..tp itula namanya ubat..buat ms ni sy stabil dn makan xde pantang. cma sy tau ape yg sy x blh makan..jd sy takkan ambil dlm jumlah yg byk.cth taugeh..laksa..makanan bersantan..yg pedas..tp makan ttp mkn..cma sekadar melepaskan kempunan je..

      Delete
    5. Wa'alaikumussalam semua, innalilahi wainna ilaihi rajiun. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tuan puan. Semoga Allah memberi kesembuhan dan kemudah pada Tuan Puan.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Saya pasti ramai readers yang akan mendapat manfaatnya.

      Crohn's disease adalah penyakit yang sangat rare dikalangan orang Asia. Statistiknya hanya 9 dalam 100,000 orang yg akan menghidapnya. Pasti Allah sayang Tuan Puan sangat2 dan pastinya pahala sedang mencurah2 kerana tuan puan bersabar diatas ujian ini.

      Saya pun ada baca yang sakit ini taida ubat, hanya management dan steroid. Tapi itu optional kan?

      boleh kongsikan Doctor Tuan Puan?

      Delete
  45. Salam Puan. Boleh saya tahu Puan berjumpa pakar Gastroenteritis dimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, saya berjumpa Dr Wong di Tropicana Medical Center. Tuan/Puan boleh juga berhubung dengan Dr Ida di UMMC. link disini http://www.umsc.my/clinical_conditions/inflammatory-bowel-disease/

      Delete
  46. processed food mg tak elok.. even kat kantin sekolah pon byk jual..pengetua dan guru besar tak pantau..bodoh sgt merisikokan kesihatan pelajar

    ReplyDelete
  47. Bagus sangat artikel ni...mohon kongsi dengan rakan2 bg sama2 beringat... :)

    ReplyDelete
  48. Write a book Puan... Bukan sahaja your sharing is beneficial for all of us, cara U menulis tu to me us simple dan very candid...! 😃👍✨ Kesian kat anak Puan... Semoga Allah pelihara beliau, dan menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat... Aameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  49. Semoga ramai yg berkesedaran tntg ni. Mknn proses mmg byk sgt dijual.
    Even dpn skolah anak ada yg menjual megi dlm cwn. Kesian anak2 yg hnya tau lapar.

    ReplyDelete
  50. Yg semulajadi juga adalah sebaik2 penawar..sbb morfin dah ade dlm ndn kita, cuma perlu dirangsang pengeluarannya..rezeki nk kena ke Zaim..pd hal ramai je yg x jaga pemakanan..tahniah&t.kaseh berkongsi elmu ni puan faridah..Baarakallahu fikk

    ReplyDelete
  51. Sememangnya kunyit merupakan ubat semulajadi untuk banyak penyakit. Satu cara lagi untuk menggunakan kunyit ialah dengan menggunakan 3 bahan-bahan ini : kunyit, minyak kelapa tulen dan biji lada hitam. Semua dikisahkan dan disimpan di dalam peti sejuk. Setiap kali masak boleh dimasukkan. Boleh diberi minum dengan mencampurkan air. Nasib baik ke semua bahan2 ini boleh didapati di Malaysia dengan senang. Boleh juga dicampurkan di dalam makanan binatang.
    Kalau uric acid tinggi, cuba guna petua ini. 1 sudu kecil sodium bicarbonate dalam 1 liter air. Kalau teruk, boleh tambahkan sodium bicarbonate dalam air. Minum sepanjang hati setiap hari. Peringatan : sodium bicarbonate boleh dibeli di pasaran di sudut bahan2 buat kek. Tapi jangan beli baking soda sebab ada bahan dalamnya yg tak sesuai. Satu botol plastik sodium bicarbonate hanya berharga kurang RM2.
    Semoga anak2 puan sihat selalu.
    Ivy Loh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berkongsi Puan Fun Ivy.

      Delete
  52. tq for sharing. saya jugak mmg jenis x tahan tgk ank sakit or susah. so mmg cerita puan menjadi iktibar untuk saya lebih berhati2 dalam pemakanan kami sekeluarga. tq again.

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum puan.
    Saya rasa saya dah dipertemukan dgn jawapan yg saya cari sejak saya berpantang tahun lepas.
    Saya sakit seperti anak puan pada minggu ke tiga berpantang. Sebelah kanan. Doc di klinik mengatakan ia gastrik. Tp pada siangnya elok kembali. Pada malam saya terkena tu saya muntah dsn diarrhea. Kemudian tak dapat nak tegakkan kan badan kesan sakit yg teramat di perut sebelah kanan. Saya demam. Ditahan selama bbrp jam di hospital dan diberi antibiotic.ujian darah mengatakan saya ok. saya bingung.
    Disebabkan sakit itu saya bentan keesokan harinya
    Seksanya saya rasa. Sedang berpantang lagi pula tu.
    Kemudian saya meneruskan makan antibiotic dan beransur pulih.
    Tapi.. dua tiga hari ni sy rasa agak kurang selesa dibahagian kanan. Saya boleh agak tempat luka lama mungkin bengkak kembali. Di dalam.
    Saya pasrah. Nak ke klinim atau hospital saya takut2 sendiri.
    Tp bila baca apa yg puan share saya yakin inilah yg sya kena.
    Saya agak kerap minum coffee 3in1. Pemakanan mee segera sewktu belajar dulu. Sejak menyusu anak saya memang jaga pemakanan cumanya saya tahu ini kesan dari pemakanan sblm berkahwin.
    Makan pelbagai makanan.

    Doakan saya tekun untuk berpantang segala roti..minumam 3in1 dan segala process food lah kiranya.

    Saya faham perasaan anak puan. Sbb sewaktusakit haritu saya terpaksa memakai diapers org dewasa!
    Tak sempat lg nak ke toilet. ��

    Allahu. Terima kasih puan berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sama2 Puan. Semoga Puan cepat sembuh.

      Delete
    2. Salah satu fungsi kunyit membersih dan mengeringkan

      Delete
  54. Alhamdulillah, syukur sangat anak Puan dan semakin sihat. Penyakit dan penawarnya selalunya ada berdekatan, Puan telah membuktikannya. Dan ada lagi bukti dari beberapa kenalan kawan2 saya. Yg dah buang, tak boleh nak buat apa, redho je la. Saya dah set dalam minda saya, biar hospital jadi last destiny bila dah tak da sangat yg saya boleh buat. Asal p hospital, teringat kat cadangan Dr. Asyik2 operation. Ngeri dgr. Alhamdulillah sekarang saya dah tak perlu bawa anak ke Hospital. Dua tahun keluar masuk hospital, mengajar saya byk perkara.

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum. Boleh tak saya minta contact number awak utk tanya lebih details pasal ni?

    ReplyDelete
  56. Wa'alaikumusalam Puan, boleh PM saya di FB saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  57. Assalammualaikum... saya nk tanya ada kh saya ni sama mcm anak puan selepas operation appendix perut saya kembong.. makan sikit sahaja dah kenyang.. duduk senak.. yg blh bersandar sahaja.. perut pn nampak bulat...

    ReplyDelete
  58. Terima kasih ye Puan atas perkongsian ni....

    ReplyDelete
  59. Terima kasih ye Puan atas perkongsian ni....

    ReplyDelete
  60. Terima kasih ye Puan atas perkongsian ni....

    ReplyDelete
  61. terima kaseh puan atas perkongsian ni.. bagaimana pula dgn mahasiswa ? kami tak dibenarkan memasak dan hari-hari memang terpaksa membeli di cafe. kami juga kadang-kadang terpaksa ambil junk food like maggie untuk cover duit belanja. saya harap puan berikan cadangan dan pandangan puan. harapnya puan respond terima kseh.

    ReplyDelete