Friday, 30 September 2016

Berubah bukan mudah

Hari ni hari ke-4 usia blog saya ni.

Lepas baca kesan viral posting saya tentang Kesan Pemakanan Processed food ke atas usus anak saya, saya dah tak tau apa nak tulis dah..hahaha..blur kejap.

Apa yang dah jadi? Kenapa viral? Hanya tuan puan yang boleh beri saya jawapannya.

Niat saya menulis pada hari Rabu kelmarin, 1/2 jam sebelum saya ambil anak di sekolah, adalah untuk memotivasikan diri sendiri untuk terus menerus meneroka healthy and nutritious food. Jadi janganlah ada yang kecam mengecam saya. We mothers, always want the best for our family.

Bukan mudah menongkah arus.


Dulu
====

Saya seorang Baker dan Cake decorator yang pernah bergelumang dengan gula, siang malam.

Apa yang menyebabkan saya question balik apa yang saya buat masa tu? Padahal masa tu saya tengah benar2 happy dengan kerjaya saya.

Mengajar lecturer Uitm Fakulti Kulinari
bagaimana nak buat sugar flowers
Dr Muhaya. 2 kali saya dengar dia cakap tentang kerja sebagai pembuat cake ni. Sekali di TV hari Jumaat tengahari, sekali lagi dalam Radio Ikim. Beliau menjawab panggilan seorang Baker yang bertanya tentang keberkatan.

Sentap betul saya masa tu!


Antara wedding cake yang saya ajarkan dalam kelas saya.
Bunga tu dari gula yang dibancuh sendiri dan dibuat sekeping sekeping.
Beliau kata kerja tu bagus tapi anda memberi orang makan racun. Sebab gula adalah racun. Pelbagai penyakit datang dari gula yang berlebihan. Dan sebagainya lah.. dan beliau beri saranan agar cuba ikhtiarkan kek yang sihat.

Erkk! Kek mana yang sihat? Kek buah? Carrot Cake? Cake sayur?

Dah la saya masa tu bergelumang sakan dengan gula. Ye la..cikgu royal ising and sugar flowers kot. Ajar buat wedding cake guna fondant. Isyyyy..sentap betul dengan Dr ni tau!

Tapi..... tu lah dia nya...bila Allah nak kita berubah, dia akan bagi sebab. Lama saya juga saya merungut mulanya..Tapi hati saya macam direntap2 sebab apa yang beliau kata tu makin lama makin tampak kebenarannya. Gula memang racun. Tepung berpeluntur itu racun. Bahan2 kimia dalam baking proses, racun. Icing yang manis racun. Pewarna racun. Semuanya mempunyai potensi sebagai karsinogen iaitu penyumbang kepada kanser dan diabetes dan sakit macam2 lagi.

Adeh! Stress jugak sebab saya ada kedai.

Macamana saya cuba nafikan pun, ianya tetap bermain dalam fikiran saya.

Akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti sedikit demi sedikit bermain gula. Lillahi taa'la. Saya tak mahu menjadi penyumbang kepada penyakit orang lain, walaupun kek itu adalah untuk majlis keriangan, dan saya mungkin boleh beri alasan saya menyumbang untuk happiness orang, no. My conscience still say, change!

Bakers lain jangan marah saya. Ini adalah mengikut ilmu dan kadar pengetahuan saya. Saya tak judge orang lain tau. Ini untuk diri saya sendiri.

Selama hari ni bila saya bake, saya hanya gunakan bahan2 yang berkualiti tinggi. Tepung saya guna tepung Faiza, sebab dia unbleached. Chocolate biasanya saya gunakan Callebaut, paling koman pun Lebourne. Gula biasanya campur dengan brown sugar. Butter saya biasa gunakan Anchor atau Tatura. Pewarna pun dari Wilton. Vanilla saya gunakan real vanilla, bukan esen yang cair mair tu.

Tu pun rasa bersalah. Lorat betulkan?


Sekarang
=======

Walnut Brownies using Real Chocolate
Start dari 2 tahun lepas saya mula hadkan jenis2 kek yang saya buat kepada Brownies, Dark Chocolate Cakes dan Cookies. Saya jarang ambil tempahan yang banyak guna fondant. Slowly saya berubah arah.

Bermula tahun lepas saya serious dengan roti, tapi lebih kepada Artisan Breads kerana pada saya ia lebih menyihatkan.

Artisan Bread : Lebih berkhasiat dan mengenyangkan





    Artisan breads melalui proses penapaian atau fermentation yang lama, yang memberi peluang kepada yis dan mikroorganisma yang ada dalam levain untuk menghadamkan gluten yang ada dalam tepung.

Misi saya sekarang dalam kelas adalah menerangkan secara saintifik bagaimana setiap ingredients bertindak balas, apa jenis mikroorganisma yang ada dalam levain, bagaimana kanji diuraikan kepada simple sugars semasa proses fermentations dan sebagainya.

Saya memang macam tu. Dalam kelas kek saya dulu pun saya sentiasa menerangkan fungsi bahan secara saintifik supaya students saya faham bagaimana nak manipulate ingredients untuk jadi lebih baik. Saya bukan Chef, tapi saya suka baca fakta. Sebab Chef saya dulu ajar saya berfikiran begitu.


Jom kita berubah nak?

Saya nak ajak lebih ramai bakers berubah arah kepada menyediakan produk2 yang menyihatkan. Bukan laa semua orang kena buat roti pulak..Ye la takkan nak pacak lilin atas roti artisan kan? Apa pulak kata jiran tetangga..ko dah kenapa Milah?

Kita, pelanggan dan pembuat, kena ubah mentaliti asal murah cukup. Banyak barang2 murah yang sangat rendah kualitinya, yang kalau you all tau apa isinya pasti tak makan.

Contohnya baking 'chocolate' yang harga RM5-6 sekilo dua tu, itu bukan coklat. Itu adalah lemak sawit atau sayuran yang paling rendah grednya yang diberi pewarna coklat, vanilin, perasa coklat, serbuk koko low grade dan gula yang banyak untuk menjadikannya nampak macam coklat. Benda ni letak kat room temperature tetap keras bedengkang.

Kalau coklat betul, dia akan cair pada tahap suhu badan iaitu dalam 37C so letak kat lidah dia akan cair perlahan2, tapi coklat dari lemak sawit ni kita kena kunyah dan meninggalkan rasa berminyak dalam mulut.

Bayangkan u ols buat brownies atau ganache guna coklat ni, atau utuk hias cookies tu...lemak ni lemak tepu yang tak boleh hadam. Melekat dalam usus sampai tah bila2...

Banyak la lagi contoh lain. Nanti kita sambung insyallah..

Pokoknya, jom kita muhasabah diri. Kalau anak kita kita nak bagi yang lebih baik, anak orang pun kita kena jugak berikan yang terbaik.

Sementara tu....

Sementara tu share dengan saya pendapat u ols..tapi jangan lah kecam kecam..kita share pendapat secara matang dan agree to disagree..orait?

BTW : dah 2 hari Zaim makan benda pedas sebab dia dah kemaruk, so malam tadi 4 kali pi toilet..Dilarang takmo dengar budak bertuah ni.

Love,

Farida

P/s : Untuk yang nak berjinak masuk ke dapur dan buat roti sendiri boleh rujuk page Kelas saya di SINI










4 comments:

  1. Assalamualaikum kak. ... saya baru setahun setengah berjinak2 dgn roti sd ni ... tu pun kebetulan sbb suami ada masalah kembong petut n gastric kalau mkn roti biasa ..so saya kaji dan mula buat starter n roti sd ..alhamdullilah skrg mmg dah x beli yis komersial ...mmg full sourdough bread. Keep inspiring us kak ..dulu saya pun baker n now mmg dah x ambik order.
    Saya doakan kak sentiasa sukses ya

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Cake2u, terima kasih sudi jengok blog ni. Alhamdulillah, roti2 sourdough memang lebih gentle untuk perut kita memandangkan glutennya telah dihadamkan dahulu oleh yeast semasa proofing.

    Insyaallah, let's inspire others together.

    ReplyDelete
  3. Thank u for sharing. Dulu saya pun baker. Ini antara sebab saya stop.

    ReplyDelete